Julau 7,8 & 9 Mei 2015, Sekolah Kebangsaan Ulu Manding telah terpilih sebagai tapak Perkhemahan Unit Beruniform diperingkat daerah bagi tahun 2015. Perkhemahan ini melibatkan 4 buah unit beruniform iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM ),Kadet Remaja Sekolah ( KRS) Pengakap dan Pandu Puteri
Objektif utama perkhemahan unit beruniform ini, bertujuan untuk membentuk sikap kendiri, saling bekerjasama dan bertanding atas dasar semangat kekitaan. Selain itu perpaduan antara kaum dapat dipupuk dalam kalangan peserta dan guru.Peserta juga dapat menghayati erti batasan kehidupan, peka terhadap isu-isu alam sekitar dan meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal.
Antara aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti pertandingan membina khemah, membuat ran, membuat gadjet, kawad kaki, memasak, ketua platun terbaik dan kadet terbaik. Aktiviti ini juga melibatkan semua guru dan kakitangan sekolah-sekolah yang terlibat. Perasmian perkhemahan ini dirasmikan oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Julau En Andrew Kana Anak Rima.
Melalui aktiviti yang dirancang, diharap peserta dapat mendalami ilmu perkhemahan dari segi teknik dan peraturan perkhemahan di samping memupuk semangat kerjasama, hormat-menghormati, bertolak ansur , menghargai alam sekitar dan berdisiplin.