Tarikh : 13 Febuari 2014
Tempat : Kelas Tahun 1 SK UluManding
Masa : 8.30 am-11.30 am
Seramai 15 orang murid tahun satu disini telah diberi suntikan Double Antigen(DT) dan Measles Mumps Rubella (MMR) serta titisan polio daripada Unit Kesihatan Wak di sini hari ini.Sebelum memberi suntikan kepada pelajar, jururawat perlu memeriksa bekas suntikan yang diberikan semasa lahir dan pemeriksaan fizikal diri juga diberi perhatian.
Suntikan DT yang diberikan kepada pelajar boleh mengelakkan daripada penyakit Diphtheria, Tetanus Toxold dan suntikan MMR pula dapat mengelakkan penyakit beguk serta suntikan juga mampu menguatkan sistem imun di dalam badang mereka.Manakalan titisan folio pula dapat mencegah daripada berlakunya kancing gigi yang boleh menyebabkan lumpuh anggota badan.Selain itu, jururawat dan pegawai kesihatan yang di tugaskan juga membuat pemeriksaan berat badan, mengukur ketinggian murid serta pemeriksaan mata murid tahun 1.
Pengalaman melihat anak-anak murid mendapat suntikan menimbulkan pelbagai reaksi, perasaan sedih melihat sesetengah anak murid menitiskan air mata apabila selesai mendapat suntikan.Selepas selesai memberi suntikan dan pemeriksaan kepada murid tahun 1. Pegawai kesihatan turut membuat pemeriksaan untuk warga sekolah yang melibatkan pemeriksaan berat badan, tekanan darah dan pemeriksaan darah.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang terlibat kerana begitu dedikasi dalam melaksanakan tangungjawab.Pihak pegawai kesihatan turut berterima kasih kepada semua ibubapa yang telah memberi kerjasama yang baik dengan memberi balik surat persetujuan suntikan kepada guru-guru.
-Admin-
Baru-baru ni sekolah kami juga menerima kedatangan pihak kesihatan untuk cucuk budak-budak kami. Memang ada yang menangis dengan sangat hebat ye. Hehe!
sedih sungguh yang menangis kat sekolah kami..smpaikan masa nak suntik tu sampai 5 orang kena pegang.kuat pulak..cikgu ade pemeriksaan jugak ke?
Ada pemeriksaan. Tapi tak la sampai kena pegang macam tu. Hehe!