PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Perlaksanaan Pentaksiran Psikometrik ( Ppsi ) merupakan satu daripada kompenan Pentaksiran Berasaskan Sekolah     ( PBS ). Ppsi menggunakan instrumen pentaksiran untuk mengukur kebolehan semulajadi dan kebolehan yang di peroleh daripada pengalaman dan persekitaran. Perlaksanaan Ujian  Aptitud  Am adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013 – 2025 ) bagi memastikan setiap murid menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif serta inovatif. Maklumat daripada ujian ini boleh membantu guru mengenali keupayaan kognitif kemahiran berfikir aras tinggi murid.

PhotoGrid_1395108752381

Bagi tahun 2014, Ujian Aptitud Am Tahun 3 ini perlu di tadbirkan kepada murid Tahun 4 ( Tahun 3 Kohort 2013) dalam bulan Mac 2014 dan murid Tahun 3 Kohort 2014 dalam bulan Oktober 2014. Justeru hari ini, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Mindu Anak Charles Egoh telah melaksanakan Ujian Aptitud Am tahun 3 kepada 8 orang murid Tahun 4 yang merupakan murid Tahun 3 Kohort 2013.

PhotoGrid_1395108861109

PhotoGrid_1395108591387

Sehubungan itu, di harapkan perlaksanaan Pentaksiran Psikometrik ini membawa manfaat sepenuhnya kepada semua pihak yang terlibat di peringkat sekolah khasnya murid-murid Tahun 4 yang terlibat.

-Admin-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s