Sambutan Awal Hari Kemerdekaan di SK Ulu Manding

Pada 16 dan 17 Ogos 2018, sambutan awal Hari Kemerdekaan telah dibuat di SK Ulu Manding, Pakan,  Julau. Beberapa aktiviti telah dibuat seperti Pertandingan Merwarna(tahap 1), Pertandingan Melukis Poster(tahap 2) dan aktiviti menyaksikan video kemerdekaan.

 

 

Advertisements

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER & MEWARNA POSTER SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2016

Pertandingan melukis poster dan mewarna poster ini dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid-murid Sk Ulu Manding. Murid juga dapat menunjukkan bakat dan minat mereka dalam melukis dan mewarna poster.

Butiran Pertandingan
1. Pertandingan Mewarna Poster – Tahap 1
2. Pertandingan Melukis Poster – Tahap 2

Masa Pertandingan dijalankan: 3.00 petang hingga 5.00 petang

Pertandingan ini dijalankan pada 24/08/2016 manakala penyampaian hadiah bagi pemenang dijalankan pada 30/08/2016

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERINGKAT ZON DAERAH JULAU 2015

 

Pertandingan Bola Sepak Peringkat zon bagi Daerah Julau telah diadakan Pada 13 dan 14  ogos 2015bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan  St Alphonsus dan berlangsung selama dua hari. Daerah Julau mempuanyai 5 zon namun hanya empat zon sahaja yang  menghantar penyertaan dalam pertandingan ini iaitu Zon Pakan, Zon Julau, Zon Engkamop dan Zon Entabai.

Pasukan Zon Pakan   diwakili seramai 14 orang pemain , Di pimpin oleh Jurulatih pasukan iaitu En.Jonny Anak Blo dari SK Nanga Babai  dan En Tonny Anak Labang dari SK Sungai Sugai. Salah seorang wakil bagi pasukan Zon Pakan ialah murid dari SK Ulu Manding  iaitu Mailosovic Ak Jelangai  murid tahun lima.

Juara pertandingan : Zon Julau

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH JULAU TAHUN 2015

Julau 7,8 & 9 Mei 2015, Sekolah Kebangsaan Ulu Manding telah terpilih sebagai tapak Perkhemahan Unit Beruniform diperingkat daerah  bagi tahun 2015. Perkhemahan ini melibatkan 4 buah unit beruniform  iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM ),Kadet Remaja Sekolah ( KRS) Pengakap dan Pandu  Puteri

Objektif utama perkhemahan unit beruniform ini, bertujuan untuk membentuk sikap kendiri, saling bekerjasama dan bertanding atas dasar semangat kekitaan. Selain itu perpaduan antara kaum dapat dipupuk dalam kalangan peserta dan guru.Peserta juga dapat menghayati erti batasan kehidupan, peka terhadap isu-isu alam sekitar dan meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal.

Antara aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti pertandingan membina khemah, membuat ran, membuat gadjet, kawad kaki, memasak, ketua platun terbaik dan kadet terbaik. Aktiviti ini juga melibatkan semua guru dan kakitangan sekolah-sekolah yang terlibat. Perasmian perkhemahan ini dirasmikan oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Julau En Andrew Kana Anak Rima.

Melalui aktiviti yang dirancang, diharap peserta dapat mendalami ilmu perkhemahan dari segi teknik dan peraturan perkhemahan di samping memupuk semangat kerjasama, hormat-menghormati, bertolak ansur , menghargai alam sekitar dan berdisiplin.

TAHNIAH! JUARA PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

20150331_142751

Alena cheyrul Isyha berjaya mengalahkan peserta yang lain untuk muncul juara bagi kategori peserta perempuan, manakala juara kategori di sandang oleh peserta dari tuan rumah dalam Pertandingan Lagu Irama Malaysia pada 31 Mac 2015 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Nanga lasi,Julau

20150331_131148

Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Pengawai Pendidikan Daerah Julau En Andrew Kana Anak Rima seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Seramai 20 peserta yang menyertai pertandingan tersebut Selain merangkul juara,adik Alena juga meraih  gelaran vokal terbaik bagi kategori perempuan.Pertandingan tersebut juga berjaya menarik peminat untuk membanjiri dewan pertandingan pada hari tersebut.

Tahniah sekali lagi.

KEMPEN “ JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT “

Pada tanggal 22 April yang lalu, SKUM telah mengadakan program Jom Membaca Bersama 10 Minit. Program ini dijalankan sebagai menyahut seruan KPM dalam menyokong kempen membaca yang dibuat oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri. Bertempat di dewan makan sekolah murid-murid duduk bersama-sama dan membaca bersama-sama.

”  Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan langkah besar-besaran oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.

Program ini akan dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.

Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi  ”

 

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2015

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.Guru Besar Encik Wong Siew Ung serta semua warga SKUM  mengalu-alukan kedatangan murid Tahun Satu ke SKUM. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya sekiranya mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya ibu bapa.
Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam pada hari pertama program ini dijalankan.