Sejarah Sekolah

Mengikut catatan yang telah dibuat oleh Guru Besar terdahulu, sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1959. Pada asalnya sekolah ini telah didirikan oleh JK Wilson, seorang guru berbangsa Inggeris yang mula-mula memperkenalkan pendidikan awal kepada penduduk di kawasan pedalaman. Oleh kerana pada masa itu penduduk tempatan takut kepada orang Inggeris, maka JK Wilson telah mendirikan dua buah sekolah baru iaitu di Nanga Budu dan di Nanga Entabai, Julau. Pada tahun 1959, Sekolah Kebangsaan Ulu Manding telah didirikan di atas tapak seluas empat ekar yang didermakan oleh TR. Antau Anak Mambang. Semua kerja pembinaan sekolah ini dilakukan secara bergotong-royong. Penduduk setempat menggunakan daun nipah sebagai atap dan dindingnya dibuat daripada kulit kayu. Pada asalnya, murid-murid yang bersekolah di sekolah ini datang dari beberapa buah rumah panjang yang berdekatan seperti RH. Barau, RH. Antau, RH. Jampong, RH. Budol, RH. Kayong dan RH. Laya. Kesemua murid tersebut terpaksa berjalan kaki untuk pergi ke sekolah.

 Mengikut cerita dari penduduk setempat, guru-guru yang pernah mengajar di sekolah ini ialah Cikgu Clement Ungking, Cikgu Anthony Lawai, Cikgu Barnabas Angkis dan Cikgu Stephen Usit. Pada tahun 1962, bangunan-bangunan sekolah ini telah dibina semula oleh Pihak Berkuasa Tempatan (District Council). Selepas Sarawak mencapai kemerdekaan dalam Malaysia pada tahun 1963, sekolah ini telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan di mana bilik-bilik darjah, bilik-bilik pejabat dan asrama telah dibina untuk kemudahan pelajar. Pada ketika ini, penghuni asrama di sekolah ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar dari keturunan Iban yang datang dari RH. Taling (Sg. Pantak), RH. Guntor (Sg. Kepayang), RH. Umar (Lempa Antu), RH. Eddy (Sg. Manding), RH. Ganda (Manding), RH. Berayun (Sg. Nansang), RH. Kilat (Sg. Tugong). RH. Walter Ahap (Lempa Antu) dan RH. Ganda (Manding).

Oleh sebab masyarakat setempat adalah terdiri daripada kaum Iban, maka hampir kesemua ibu bapa pelajar Sekolah Ulu Manding adalah orang Iban dan kebanyakan mereka adalah petani. Kini, ramai ibu bapa pelajar di sekolah ini telah pandai membaca dan menulis dan kebanyakan mereka telah mendapat pendidikan menengah. Komuniti setempat sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan sekolah dalam memajukan pendidikan anak mereka.

PELAN SK ULU MANDINGPicture1Picture2

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s